Usahawan Digital – Berkongsi Maklumat Bukan Menjual Maklumat

  • Di dalam dunia pemasaran digital, setiap penjualan produk atau perkhidmatan tidak dapat dicuba atau dipakai secara terus oleh pelanggan. Mereka hanya dapat melihat produk melalui gambar dan info yang diberi oleh usahawan melalui laman website, blog dan laman sosial yang lain.

  • Kandungan maklumat merupakan peranan yang penting di dalam perniagaan dunia digital ini. Jika maklumat yang diberi tidak dapat dirasai oleh pelanggan maka hilanglah pelanggan itu. Dunia digital lebih kepada dunia maklumat.
  • Kebanyakan pelanggan tidak akan membuat pembelian secara terus terhadap sesuatu produk. Mereka lebih suka ‘Google’ atau ‘Facebook’ terdahulu untuk mencari seberapa banyak maklumat yang mereka boleh dapat mengenai produk tersebut.
  • Di dalam pencarian maklumat, pelanggan akan lebih tertarik dengan info yang tidak mempunyai penjualan secara terus. Maklumat produk yang tepat dan jelas merupakan perkara yang mereka suka baca. Testimoni merupakan salah satu info yang akan dicari oleh mereka kerana ia merupakan maklumbalas dari pelanggan sedia ada berkenaan produk tersebut sama ada berkesan atau tidak.
  • Untuk mendapatkan kandungan info yang menarik perhatian pelanggan, kita sebagai usahawan perlu berkongsi cerita mengenai kelebihan produk tersebut. Bagaimana produk yang dijual dapat membantu dan menambah nilai kehidupan pelanggan menjadi lebih baik lagi. Dapatkan maklumbalas dari pelanggan yang telah menggunakan produk tersebut dan kongsikannya di dunia digital, kalau boleh disertakan sekali gambar pelanggan tersebut.
  • Kaedah ini akan lebih meyakinkan serta dapat membantu meningkatkan jualan. Yang lebih menarik jika produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh kita dapat membuatkan pelanggan gembira, mereka dengan sendirinya akan membawa pelanggan (kawan-kawan) baru untuk kita.
  • Sebagai usahawan digital, jujur dan telus di dalam penyampaian maklumat, pemasaran serta perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang perlu ada di dalam diri usahawan tersebut.
  • Dengan penguasaan pemasaran dan maklumat yang betul, ia boleh diaplikasikan untuk membentuk dan membina perniagaan anda.

Perkongsian dari salah satu newsletter yang saya langgani.

Khalil Himura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *