10 Jurus Maut Bina Content

Wah! Tajuk hype gila… Hahaha. Ok. Minggu ini, topik yang sangat penting. 12 steps ini sangat membantu anda mencipta lebih content yang lebih viral.

=====
JURUS #1 – OBJEKTIF
=====
Paling penting. Anda kena tahu SEBAB anda menulis sesuatu content. Sama ada, nak beri info, kesedaran atau jualan.

Sebagai contoh, “Aku tulis content ini untuk bagi kesedaran content marketing kepada para usahawan dengan teliti.”

Dengan izin Tuhan, penulisan anda cuma sangat fokus dan kualiti tinggi untuk capai objektif. Ala, lebih kurang macam niat sahaja.

 

=====
JURUS #2 – REFRAME!
=====
Anda ada input untuk dikongsikan. Sekarang, anda kena sampaikan dalam bentuk paling mudah.

Reframe your ideas into clear statement. Biar budak darjah 6 pun faham. Boleh jadi indikator kefahaman content anda.

Anda boleh guna formula “So What..” & “Because…”. Haaa! Apa pula ni? Ok. Macam ni…

Katakan idea seperti ini,

“Content marketing bagus.”

SO WHAT?

BECAUSE “Content kita bagi maklumat kepada pelanggan”

SO WHAT?

BECAUSE “Pelanggan suka dengan content kita.”

SO WHAT?

BECAUSE “Pelanggan percaya dengan kita.”

SO WHAT?

BECAUSE “Pelanggan cuma beli apabila dia dah percaya sahaja.”

Ok. Dah la. Penat pula nak tulis panjang-panjang. Kemudian, gabungkan semua dari komponen BECAUSE.

 

=====
JURUS #3- CARI GALI DATA & CONTOH
=====
Idea dah bagus. Tapi tiada data yang boleh menyokong idea kita. Content pun kurang dipercayai.

Masukkan fakta, data, case study, statistik untuk tingkatkan visibiliti & kredibliti content anda.

Paling mudah adalah jadikan diri sendiri sebagai case study. Kongsikan pengalaman anda.

 

=====
JURUS #4- PILIH FORMAT!
=====
Fikir dan fikir. Format content yang anda nak guna. Infografik? Audio? Video? Posting panjang? Artikel?

Pilih format yang anda tahu content anda boleh pergi. Kalau rasa format video boleh pergi jauh, go with that.

 

=====
JURUS #5- TULIS UNTUK 1 ORANG
=====
Bayangkan, anda sedang menulis content ini kepada 1 orang. Menulis untuk selesaikan 1 masalah orang tersebut.

Jadi, perkataan ganti diri yang anda boleh gunakan adalah “ANDA”.

 

=====
JURUS #6- BUAT DRAFTING
=====
Tulis draft. Biar yang paling buruk & hodoh sampai orang tak nak. Takpa. Tak kisah. Sebab ini draft sahaja. Hahaha!

Luahkan & muntahkan semua idea yang anda ada pada masa tu. Its ok. We will workout in next step.

 

=====
JURUS #7- IMPROVE DRAFT
=====
Repair first draft. Tulis dengan menggunakan topi pengguna. Bayangkan diri anda sebagai pengguna.

Bagi apa yang mereka nak. Terang dalam bahasa pengguna. Dengan izin Tuhan, content boleh pergi jauh.

 

=====
JURUS #8- FIKIR TAJUK GEMPAK
=====
Duduk bertapa lah sejam dua untuk fikir tajuk content buat pengguna stop & baca content kita.

Tajuk perlu gempak sebab tajuk mempengaruhi 80% keberkesanan dan kejayaan content kita.

Makanya, don’t mess up with HEADLINE!

 

=====
JURUS #9- SUNTINGAN
=====
Suntingan adalah editing. Boleh minta professional untuk edit content anda. Bahasa dia, proof reading. Kemudian, bagi kepada beberapa calon pengguna anda. Bagi mereka baca dan dengar pendapat mereka.

Makanya, kalau ada perubahan dan tindakan perlu diambil. Sunting semula sampai jadi!

 

=====
JURUS #10- “OK DAH BACA. JADI?”
=====
Pastikan anda ada jawapan bagi soalan tersebut sebelum anda terbitkan content. Anda mesti bagi next arahan.

“Ok. Sekarang kau dah baca, aku nak kau share content dengan kawan kawan kau. Klik share sekarang!” – Contoh jawapan.

Kemudian, PUBLISH YOUR CONTENT!

 

Sumber : GetContent.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *