Info Penting Bagi Pengeluar Produk Kesihatan

Pendaftaran & pengiklanan adalah 2 perkara yang berlainan & kedua-duanya diperlukan.

[ Soalan ]
Adakah kelulusan LIU masih diperlukan sekiranya produk farmaseutikal tersebut telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia?

[ Jawapan ]
Ya, kelulusan LIU masih diperlukan kerana pendaftaran produk dan pengiklanannya adalah dua perkara berbeza. Pendaftaran sesuatu produk bergantung kepada keselamatan dan efikasi produk tersebut manakala LIU mengawal dari segi aspek pengiklanan produk. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan masyarakat disamping memastikan iklan itu mematuhi keperluan Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 dan peraturan-peraturannya.

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *