Dropship vs Affiliate

Dropship vs Affiliate

Posted on Posted in Dropship, Dropshipking.co

Secara amnya, kedua-duanya mempunyai fungsi & tujuan yang sama — outsource marketing, result oriented return.

Kebiasaanya, Dropship untuk produk fizikal & Affiliate untuk servis atau info-product (contoh eBook).

 

PERSAMAAN

Sama #1 : KOMISEN

Pulangan (pemberian komisen) hanya diterima bila jualan dibuat.

Sama #2 : MARKETING

Aktiviti pemasaran/promosi dibuat oleh Si Agent. Dropship bergantung pada kreativiti Si Agent. Affiliate hanya perlu promosikan affiliate link.

Sama #3 : FULFILLMENT

Permintaan produk/servis dipenuhi oleh Si Merchant (product owner/pemegang stok/rights holder/service provider), seperti penghantaran produk, etc.

 

PERBEZAAN

Beza #1 : CLOSE SALES

Si Agent perlu jalankan aktiviti close sales bagi Dropship. Affiliate tidak perlu kerana dibuat oleh Si Merchant.

Beza #2 : CUSTOMER ACQUISITION

Pelanggan dimiliki oleh Si Agent bagi Dropship. Tidak untuk Affiliate sebab aktiviti jualan dibuat oleh Si Merchant.

Beza #3 : BRANDING

Bagi Dropship, branding Si Agent berada di atas Si Merchant. Pada kebiasaanya, terbalik bagi Affiliate.

Beza #4 : CONTROL

Si Agent mempunyai kuasa penuh bagaimana proses jualan dibuat untuk Dropship. Tidak bagi Affiliate kerana prospek dibawa terus ke “sales page” Si Merchant.

Beza #5 : PAYMENT

Aturan pembayaran seperti berikut:
Dropship – Pelanggan > Agent > Merchant
Affiliate – Pelanggan > Merchant > Agent

 

===

Sertai Dropshipking.co jika anda ingin jadi Super Dropshipper

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *