Dropship vs Affiliate

Dropship vs Affiliate

Posted on Leave a commentPosted in Dropship, Dropshipking.co

Secara amnya, kedua-duanya mempunyai fungsi & tujuan yang sama — outsource marketing, result oriented return.

Kebiasaanya, Dropship untuk produk fizikal & Affiliate untuk servis atau info-product (contoh eBook).

 

PERSAMAAN

Sama #1 : KOMISEN

Pulangan (pemberian komisen) hanya diterima bila jualan dibuat.

Sama #2 : MARKETING

Aktiviti pemasaran/promosi dibuat oleh Si Agent. Dropship bergantung pada kreativiti Si Agent. Affiliate hanya perlu promosikan affiliate link.

Sama #3 : FULFILLMENT

Permintaan produk/servis dipenuhi oleh Si Merchant (product owner/pemegang stok/rights holder/service provider), seperti penghantaran produk, etc.

 

PERBEZAAN

Beza #1 : CLOSE SALES

Si Agent perlu jalankan aktiviti close sales bagi Dropship. Affiliate tidak perlu kerana dibuat oleh Si Merchant.

Beza #2 : CUSTOMER ACQUISITION

Pelanggan dimiliki oleh Si Agent bagi Dropship. Tidak untuk Affiliate sebab aktiviti jualan dibuat oleh Si Merchant.

Beza #3 : BRANDING

Bagi Dropship, branding Si Agent berada di atas Si Merchant. Pada kebiasaanya, terbalik bagi Affiliate.

Beza #4 : CONTROL

Si Agent mempunyai kuasa penuh bagaimana proses jualan dibuat untuk Dropship. Tidak bagi Affiliate kerana prospek dibawa terus ke “sales page” Si Merchant.

Beza #5 : PAYMENT

Aturan pembayaran seperti berikut:
Dropship – Pelanggan > Agent > Merchant
Affiliate – Pelanggan > Merchant > Agent

 

===

Sertai Dropshipking.co jika anda ingin jadi Super Dropshipper

7 Cara Bina Trust

Posted on Leave a commentPosted in Dropship, Dropshipking.co

(1) IMEJ

Tonjolkan bisnes dengan identiti profesional melalui kuasa penjenamaan.

“First impression matters, make it count.”

(2) PESONA

Tampilkan diri anda sebagai pemilik bisnes. Wujudkan pesona sebalik entiti bisnes. Pelanggan lebih selesa & yakin berurusan dengan manusia sebenar.

“Put a face to the brand.”

(3) REAL BUSINESS

Kongsikan aktiviti bisnes seperti jumpa pelanggan, urus penghantaran atau staff meeting di pejabat.

“Show that you mean business.”

(4) FAKTA

Sertakan maklumat dari kajian pakar mengenai bisnes atau produk. Ketengahkan data saintifik atau kajian kes bagaimana produk menyelesaikan masalah pelanggan.

“Substantiate claims with facts & figures.”

(5) TESTIMONI

Tambahkan keyakinan pelanggan baru dengan kejayaan pelanggan lepas.

“Trigger emotions with success story.”

(6) KONSISTEN

Jalankan aktiviti pemasaran, perkongsian maklumat & aktiviti bisnes lain secara berterusan.

“Consistency makes you relevant.”

(7) RELATIONSHIP

Wujudkan hubungan 1-on-1 melalui komunikasi 2 hala.

“Listen & add value.”